glitter-graphics.com [url=http://glitter-

Monday 3 September 2012

USIM memanggil

assalamualaikum...
hai sahabat2 semua..
bagi yg mengaji di IPTA 2x, mesti tengah menghitung hari shja untuk kembali belajar di UNIVERSITI masing2x... just like me... huhu
tinggal beberapa hari saja lagi mira nak balek ke nilai... dah nak kena tinggal rumah dah..waaa!! sedey2..
rasa macam sat ja masa berjalan..xsangka dah 2 bulan mira kat rumah (saat yg menggembirakan adalah di rumah bersama keluarga)
rasa macam nak angkat USIM letak kat depan rumah je..kalau la boleh (kalau2 nie smua nya boleh kan?kan? )
bukannya xbest belajar sana..best sangat..ada ramai kawan..kawasan yg cantik..U yg besar..prof2 yg baik.. bilik2 beraircond.. tp entah la..napa berat je hati nie nak pergi sana..
mungkin sebab "TUTTTTTTTTTTTTT" , tue yg malas nak pergi...
*tuttt adalah sejenis rahsia yg xboleh di beritahu

hati dah rasa malas nak pergi,
kaki pon dah  malas nak melangkah ke sana,
mata lagi la malas nak tengok,
telinga dah berdarah nak mendengar,
mulut..ermm..malas nk bercakap pasal tue...

TAPI RASA RINDU PADA USIM MENGUATKAN SEGALA ANGGOTAKU KESANA...
teringat pada kawan2 yg melambai2, memanggilku dari sana...
teringat pada kasih sayang lecturer2,profesor2 sana..
teringat pada ilmu2 baru yg akan aku perolehi...
itulah sumber kekuatanku menuju kejayaan...

YA ALLAH.. kuatkanlah aku dalam mencari ilmu di alamMU ini.. jika aku lemah berikanlah aku kekuatan, jika aku jatuh,bengunkanlah aku,jika aku tersesat, berilah cahaya padaku,agar dapat ku kembali ke jalan yg benar...
YA ALLAH.. hanya padaMU aku abdikan diriku dan hanya padaMU aku memohon pertolongan..
terima kasih YA ALLAH atas kesedaran yg telah engkau berikan...

~ semoga kita semua,umat islam akan terhindar dari kemurkaan ILLAHI dan semoga kita berjaya dunia dan akhirat... ameen :)



Saturday 11 August 2012

puasa n raya 2012

assalamualaikum semua..
apa khabar?sihat?
dah masuk malam2 kesepuluh akhir dah kita berpuasa..
cne ngan puasa korang?ibadah?smua ok?heheh..
kalu ok alhamdulillah..kalu x ok, jom la sama2 kt banyakkan ye..
dosa2 yg kita lakukan dulu n sekarang, harap2nya dapat diinsafi dan moga ALLAH akan menghapuskan dosa2 kt..tipulah sapa kata dia xpernah wat dosa..hanya nabi muhammad ja yg maksum k,but not us..
tp sbbkan ALLAH tue MAHA PENGAMPUN,PENYAYANG,PENGASIH,dia bg kt masa untuk bertaubat,so, ambil peluang nie,n hargai k (nasihat untuk diri ini n pembaca smua)
oklah..kita masuk plak persiapan raya...
berapa pasang baju raya tahun nie? dah siap berapa pasang? apa warna tema?dah beli tudung yg sesuai?dah beli songkok?heheh
bagi keluarga mira,tema kitorang actually kalor ungu..tp bju adik bongsu terslack la plak.. dah pergi cari seluruh kota star nie,tp xjumpa size yg sesuai ngan dia..smuanya bju jd besar...yg sm size pon ada beberapa helai ja..dah xbanyak pilihan..so,terpaksa ambik juga..huhu cian dia..hehe..xpe la..adik bongsu lain sket xpa..bru nmpak meriah sket..hahahha..
mira skang tengah cari jubah..hari tue ada jumpa sehelai..cantik sngat..tp unlucky la plak...try2,tangan jubah tue singkat lak..sedey nya :(
persiapan raya mira untuk pakaian memang xsiap lg..bnyak lg yg xbeli..yg ada skarang sehelai baju ja..tu pon nasib baik ada gak.. boleh la dr xdak langsung.. tudung, kasut n benda2 lain xbeli ag..fuuhhhh...bnyaknya duit nak kuar..bila la majikan nak bg gaji ye..harap2 dapt elaun raya skali..kalu x..kitar semula la tudung2 yg dh ad..xkisah pon sebenarnya..tp sja seronok..bila kata raya nie..rasa cam nak pakai benda2 fresh ja..hehe..
apa2 pon.. nak nasihat jugak la kat diri ini n semua orang..beli2 gak,but jangan terlalu membazir k..ala kadar pon dah ok..janji silaturrahim terbina di bulan2 mulia ini..
~setiap kesilapan yang pernah mira lakukan pada anda semua sama ada sedar atau tak,mira harap kawan2 dpat maafkan mira..
k.lah setakat nie saja entry mira..bawah nie mira postkan beberapa pakaian yg mungkin boleh dpakai ketika raya... (saja bagi cuci mata )
:)
tali pinggang untuk sesapa yg rasa baju dia kosong,
so boleh la  suaikan ngan baju korang..

jubah pelbagai warna

cantik,menarik,tertarik..nak satu selendang cennie la..

polka dot.. menjadi pilihan ramai

kasut yg membuatkan anda nampak lebih lemah-lembut + ayu

selendang polka dot..cun

kuning jadi pilihanku

pink is cute


sapa2 nak nampak cute,leh la beli kasut jenis nie

nak jubah!!!nak kalor kuning!!!


Thursday 21 June 2012

aku mohon bantuan MU YA RABB





assalamualaikum..
sahabat sekalian apa khabar ye?? mira harap semua akan hepy & no more sad like me now...

entahla kenapa minggu nie mudah sangat air mata nie mengalir.. banyak sangat perkara yang terjadi.. dari satu hal ke satu hal..dari seorang ke seorang.. sampai rasa macam dah xmampu dah nk tanggung semuanya..namun ALLAH ada berfirman bahawa DIA xkan membebankan hamba2nya dengan perkara yang x mampu ditanggung oleh hambanya.. jadi INSYAALLAH, mira masihmampu walau sangat pedih di hati ini kerna...

mungkin kadang2 kita tidak perasan bahawa tanpa sengaja kita menyakiti hati kawan kita dan mungkin kerna itu kita mendapat nasib yang sama.. entahla..namun andai sahabt2 membaca entri kali nie,mira mohon seribu kemaafan andai ada perbuatan mira yang menyakitkan perasaan sahabat2..mira minta ampun beribu-ribu ampun yer... :)
langsung xdak niat dengan sengaja nak menyakitkan sesapa...
---------------------------------------------------

mira tahu mira perlu bersabar atas segala dugaan..INSYAALLAH, masalah yg datang boleh menjadi sebagai penghapus dosa2 yg pernah dilakukan


segala yang terjadi ada ubatnya , ada penawarnya... ubat untuk kesakitan dalaman ialah.....




-------------------------------------------------
berhentilah menangis wahai mata..
berhentilah berfikir perihal itu wahai fikiran..
pejamkanlah matamu, tidurlah dengan lena..
jangan jadikan ia satu lamunan yang tiada perhentian..
kerna akhirnya kau juga yg akan bersendirian...
-------------------------------------------------

YA ALLAH, 
andai aku jatuh,
bantulah aku untuk berdiri,
janganlah pernah KAU tinggalkan aku..
aku mohon pada MU ya RABB..
hanya pada MU aku menyembah & hanya pada Mu aku memohon pertolongan..


--------------------------------------------------

SETIAP YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA..
BERDOALAH AGAR HATI KITA DI BERSIHKAN DARI SEGALA SYAK WASANGKA YANG TIDAK BAIK ATAS APA YANG BERLAKU.. TERIMALAH DENGAN REDHA.. INSYAALLAH, SEGALANYA PASTI TERUBAT..


Wednesday 13 June 2012

MINGGU PEPERKSAAN

assalamualaikum.. apa khabar semua..kawan2 shat?.keluarga kawan2 shat? makwe / pakwe cne? jiran? hehe...mira harap semua shat2 aja disamping mendapat rahmat dan lindungan ALLAH S.W.T...sebenarnya hari nie mira agak sedih.. satu2 kejadian menimpa diri..mula2 laptop mira pecah cermin, skang hardisk lak rosak..fail-fail yg mira simpan banyak yang hilang entah kemana..kalu nk main aci sembunyi pon..jangan la sembunyikan fail2 yang mira sayang :(oppss..lupa lak nak bagi tahu..mira update entry kali nie guna laptop kawan yang mira sayang..  namanya farah a.k.a anje (link).. orangnye sangat baik..nmpak mcm pendiam,tapi kalu dah kenai baru tahu!! haha...tapi apa2 pun credit to my lovely friend coz bagi pinjam laptop ... sayang awak  :-P  sebenarnya sekarang musim peperiksaan... mira dah selesai 2 paper..tinggal lagi 4 paper ( bisnes, bahasa arab, tajwid and database )...yang dah selesai dakwah and grafik laman web..dakwah alhamdulillah..dapat menjawab dengan tenang..tapi grafik..waaaaaaaaaaa~ apa la nak jadi nanti agaknye yer.... takut sangat..tapi mira harap sangat agar semuanya lulus dan insyaALLAH boleh memperoleh gred yang elok.. xmengharap gred yang terlalu tinggi cukuplah sekadar dapat menggembirakan hati terutama hati ibu bapa.. tapi sapa yang x nak kan kalu dapat tggi right?? so, andai dapat ALHAMDULILLAH xterkira agaknya.. :) k.lah..mira nak layan "muamalat" and "ferrel" la pulak sekarang nie.. ( buku bisnes)terima kasih sebab sudi membaca entry nie :)sayang awak :* hehe-tolong doakan kejayaan mira k ;) and moga korang pon akan mendapat yang terbaik dunia akhirat~ setiap kejayaan bermula dengan setitik keringat..namun segalanya mestilah bersama dengan doa kepada ILLAHI~

Saturday 9 June 2012

fadhilat surah alfatihah

assalamualaikum semua :)
jom baca nie~ kebaikan surah alfatihah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
 Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran          
 Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardhu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, kehidupan yg baik dan  anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
 ”Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t.”
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si pesakit, maka dengan kehendak Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           “Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           “Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan”.
~ copy from https://muhdhazrie.wordpress.com

Thursday 7 June 2012

Nyanyian hati seorang insan

bila masa makin laju,
hatiku makin sayu,
kerna aku sudah xseperti dahulu,
boleh bahagia bersama kamu..

bila degup jantungku makin deras,
aku tahu aku harus pantas,
agar semuanya xterlepas,
seperti masa-masa lepas..

kini masanya sudah tiada,
setiap madah sudah xberguna,
aku mungkin sudah disana,
 hanya bekalanku & doamu ku bawa bersama..




~ hargailah masa yang ada..



teman2ku di USIM

kali nie mira nk cakap pasal sahabat2 mira kat USIM.. tapi kali nie mira post bg yg sm spesies dulu la..lpas nie bru yg lain jantina hehe...
thu x knp tetiba nk post pasal shbat nie??
sebbnya... nie dah sem 2..nk habes blajar dah..lpas nie dh berpisah..xleh la nk jerit " wei" dah..dh dok asing..tp ada gak yg still tggal skali.. tp mesti xsama dah.. huhu..sdehnya rasa dlm hati ~waaaaaaa
ok lah.. kat cnie mira ad ramai kawan..kiranya sapa yg kenai mira kira kawan la..cuma bezanya rapat n x jer..
tapi ap2 pon,semua kawan2 mira adalah yg terbaik pemberian ALLAH kat mira..
k.lah.. jom kenai kawan2 mira kat USIM jom~


semua nie adalah kawan2 mira yg rapat..ada ag yg laen tp xsempat nk upload..cari gambar dioprang xjumpa..lain masa kalu sempat mira upload.. :)

~sahabat2 ku adalah teman yg terbaik pemberian ALLAH kepadaku~