glitter-graphics.com [url=http://glitter-

Saturday 24 March 2012

ANDAI LELAKI TAHU INI ~

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


 SEMOGA BERMANFAAT ~


Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.


Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.


Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.


APABILA SEORANG WANITA ITU TELAH MENEMUI CINTA NYA,PERCAYALAH,DIA AKAN SELAMANYA MENCINTAI DAN DIA JUGA MAHU RASA ITU JUGA WUJUD DALAM HATI PASANGANNYA ITU 

Wednesday 14 March 2012

MPI student (kelantan)

.....السلام عليكم
apa khabar semua pembaca blog cahaya puteri? moga anda semua sihat-sihat aje.. :)
2 hari lepas iaitu 13 / 3/ 2012, universiti mira telah menerima kunjungan pelajar2 dari MPI (kelantan).. 
apa??ada kunjungan?? leh masuk blog nie..hehe..mira pon apa lagi.. terus la keluarkan senjata mira (kamera la hehe..),mira snap sana,snap sini..nk snap gmbar budak2 nie,mula2 tue malu2 kerbau la juga.. tp rs cam xpuas hati selagi x dpt ambik gambar diorang (atleast sorang pon jadi la haha)..tue la mira,"gila gmbar" (suka ambik gambar orang..tmbah2 kalu gambar curi..perrgghh..mcm2 gaya ada..hehe)..
dengan muka selamber kucing + arnab,(nk ckap wat muka cute la.."cute la sangat"hahha) mira g lah kat 2 orang nie.. sesamapai ja kat diorang,mira bg la salam (kitakan orang islam.tol x?? hehe ).. pastue mira mula la mereka ayat2 "pengasih" hehhe.. "salam.. adik nie yg ikut rombongan tue ek?? dr mana nie?..kak nak ambik gambar leh x..nk post kat blog cahayaputeri92..blog akak tue,nnt adik bleh la bka (sempat ag tue promot blog hehe)" .. selepas dapat permission dari diorang, mira pon mulakan sesi menjadi photographer tak bertauliah..hehe..klik.klik..klik..
dah siap semua..mira pon minta diri n ucap tima kasih kat diorang (ingat!! budi bahasa budaya kita tau hehe)
xcukup ngan tue,mira nmpak sekumpulan budak2 MPI kat luar kafe.. mira g lah serbu diorang..n mcm biasa, mula la wat muka x bersalah + cool..mntak izin nk mbik gmbar n post kat blog nie..hehe
bila dah dpat kebenaran, mcm besa la.. klik klak klik klak..(hai,dah mcm keje professional la plak) hihi..
kat bawah nie mira post gambar2 adik2 MPI yg cute2,comel2,lawa2 n ayu2..(xtipu..diorang semua cun2 tau.. untungla orang kelantan,..heheh) 
biela n amanda ~ peramah n ayu

MPI student ~ cool ,sempoi n beragama :)
P/S = comel kan??nk nombor tepon??hehe,xleh la :P.. haaa..kan betul mira cakap.. hehe.. kepada semua student dlm pic kat atas tue..tima kasih atas kerjasama anda :) u all the best ..

Monday 12 March 2012

siti nurhaliza menangis!!

assalamualaikum semua :) 
apa khabar?? shat?? 
harap para pembaca blog nie sihat2 aja yea ;) 
sebenarnya mira tengah rehat2 kejap,so pikir nak post something la kat blog :).. 
hari nie merupakan hari yang sangat padat..kelas dari pukul 8a.m sampai la pukul 10p.m (penat an?? cian kat mira.. hehe) 
sekarang mira tengah duduk ngan kak zafirahk.chik n k.long yg sorg lagi ateh ( tapi dah xhidup kat dunia realiti dah..dah masuk alam mimpi..mungkin dah jumpa putera kayangan dah kot..hehhe).. sorry ateh :) saranghe <3
kitorang tengah berpeluh2,siap dah terpecik2 dah (nk cakap bersungguh-sungguh la sangat hehe )  nk siapkan assignment bahasa arab {kena hantar esok !! siap ngan present ag.. keje tue baru bagi hari nie.. waaaa~ penat2 dehhh :'( }
bila dah sampai terlalu banyak pencarian demi pencarian kitorang cari akhirnya jmpa la gak ( yahooooo!!!! ) 
walaupun xla ok sangat tp kira ok la coz kerja dalam 1 hari..nie ja kitorang dapat wat.. :)  { tp insyaALLAH yg terbaik kot} hahaha {terbangga sendiri la plak } haha
nak tahu x, bukan setakat mencari maklumat, sambil2 tue kitorang semua wat latihan vokal.. pergghh!!.. kalu siti nurhaliza dengar nie nangis minta kitorang jadi tok guru dia nie..hahahah.. POWER!POWER!POWER
{ jom gelak bangga jap } :P 
napa x caya?? jap2..mira tunjuk bukti 


ha!! camna?? caya x?? ( hehe tipu jer la..hehe)..
esok kelas start pukul 9 pg lak..hadoiya.. penatnya.. kena minum super power nie kalu macam nie la selalu..hehe .. " MAMAK! SUPER POWER 1, BG ADA KICK SKET" haha ( kick tue maksudnya bg pekat la hehe )..







ok lah.. setakat nie je la post mira untuk kali nie :) n sorry la tajuk post xdak kena mengena langsung..hehehe ~ peace no war


pesanan terakhir jagalah alam sekitar kita yer ( sempena mggu go green kat tempat mira nie ) hehe


poster dekat blok mira :)
                                                                                                                                              MIRA 

Saturday 10 March 2012

 hi u ollssszz...(ewahhh..slang matsaleh tekluar la plak)hehehe...
sapa pnah g nilai 3?? sila angkat dan kembgkan hidung anda dengan sekembang kembangnya ;) hehe...masyaALLAH!! kempiskan blek cpat!! haiii, mcm2 ada..hahaha..
mai nk cta sket~ sejak aku ngaji kat cn (USIM), nie mrupakan kali ke 3 aku g nilai3.. tp kali nie lain sket,aku g jln2 sesungguh2 jln la..hehe.. first time aku g lalu dpan nilai3 tue jer..sj round2 nilai..hehe.. kali ke2 aku g cari untuk wat bj klas..so g kdai2 kain je la.. x la meneroka seppenuhnya ag.. kali nie.. aku p s2 dgn azam & tekad yg bekobar2, aku nk jln seluruh nilai 3!!!..hahaha (glak bgga kjap,haha)..
aku g ngan 4 org kwn aku (k.long,k.chik,ateh n faz).. sewa keta sorg pkck nie (almaklumlah,keta sndiri dok kat luh mahfuz ag..heheh) RM50 per half day.. mula2 tue igt nk pinjam ikut jam ja..tp bla dhitung akan jd lg mahai so kitorg decide la pnjam stengah hari [mahal jg :'( huhu..hbez det].. tp ok la, atleast dpt jln2..hehhe
lpas aje hbes klaz b.i smlam kat FEM, aku ngan ateh g la ambik keta kat acasia(asrama luar usim)..ktorg g s2 ngan moto abg ngah a.k.a DIRIKU UNTUKMUhttp://teratakcintabersemi.blogspot.com/.. {credit tu him :) }
tggu punya tggu n tggu ag n tggu ag (sbar je la..).. smpailah pkck tue ngan ketanya.. seb baek pkck tue kuat senyum gak,so xjd la nk mrah tgok muka dia.. hehe.. sblom bg pnjam dia sempat berpesan kat ateh (coz aku kat luar keta, diorg dlm keta).. pastue aku nmpak ateh gelak,sakan gak la.. aku pon naek heran..ap la yg lawak sgt tue.. dah siap sesi beri kunci keta, ateh pon mula la stat cter ap pkck tue kata kat dia.. korg nak thu x???.. lpas nie korg sumer leh la gn ayat nie..hehe.. nasihat dia sempoi ja, " reti x bc doa naek  kenderaan? bc skang pkck nk dgr (ateh pon bc la).. ok,alhamdulillah..nie pkck bg kunci nie, jg elok2 tau keta tue.. BAWA PELAN2X,BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT..XSAMPAI PON XPA.." hahha.. baeklah pkck..hehhe
so, dlm pkul 11 tue kitorg btolak la g nilai3..mcm2 happen tau x.. bru ja nk stat jln air ateh bli tumpah.. hbez keta tue,dh jd kolam renang dh dlm tue..heheh (sory pkck).. tp disebbkan kitorg smua nie ank dara rajin.. kitorg benti la keta kat tepi jln, keja mop mengemop(mggunakan kertas kajang aku,bnyak oo hbez), angkat mengangkat, basuh menbasuh, kibas mengibas kitorg wat kat tepi jln.. seb baek xdak org wak2 tue..klu x, malu gak la,..haha.
slesai ja smua tue, kitorg mulakan pjalann kitorg ke nilai 3 ( nilai 3!! wait 4 us!!!hahaha)
ntah a bape minit kitorg ambik untuk kenilai 3 (+ - keta mati tgah jln..hehe), tp xterasa coz happening gla dlm keta walaupon keta tue xdak radio... mcm2 cter kuar,haha.. bezz sgt..
smpai2 ja s2, kitorg pusing2 lu ngan keta nk cari tmpat yg murah (petua kwn2 yg pnh pegi,cari BUMBUNG BIRU, s2 murah2)..

nie la tmpat yg dimaksdkan tue :)
s2 mmg bnyak sgt pilihan.. rmbang mata nk pilih.. tp ingt sblom beli!! tawar menawar i2 pntg..
aku g jln2 dlu tnya harga n mnta la murah bnda2 aku ingin, diorg tawarkan la murh, tp sket ja..owhhh! mn mau cmtue.. aku nk beli bnyak kena bg murh gle la.. (hahaha.. sbar je la abg2 bangla tue ngan aku).. so aku bg la snyuman n kuar dr kdai 2.. haha
pastue aku jmpa 1 tdung nie, cntik la gak, tp xla sgt.. lbh kurg rm 30,dia bg murh smpai rm 25 shelai.. ermmm, aku pon cb la kat dpan cermin tue(hoho,cantk la plak bla pakai..hahaha..pasan sndiri).. ku mnta la lg murh rm 20 coz aku nk ambik 2 helai (tektik2)haha... dia xbg,lwn punya lwn dia pon ckap " adik manis angkat 3 la..abg bg 3 rm60.." pastue aku ckap,xmo la sy nk dua.. xngaku kalah gak dia tue.hadoi..tp aku pon masih kuat,power bnyak ag nie(aja2 fighting..haha), aku ckap k,aku ambik 1 ja..tp dia dok paksa2 aku mbik 2(siap gulung nk masuk plastik lak tue..ish2x..).. aku ckap "aik aik..sy nk 1 ja,np gulung 2 nie??xmo2..sy xjd mbik la".. setelah kena ngan ayt aku tue,trus dia ckap " ok la.. 2 rm 40" wahhhhhhhhh!!! mak abah,kakak dh berjaya!! kakak dh berjaya!! tima kasih atas didikan yg selama ini mak abah berikan,js mak n abh xkan pnah kak lupakan.. sob2~.. (haha,drama queen btol ;P )
stlah selesai berurus niaga (lbh kurg setengah jam gak la aku kat kdai 2),aku pon mneruskan pjalan ke kedai lain.. nk cari bj kat adik terchinta aku la... hehe.. tp xjmpa pon.. (last2 bli kat hari2..SELAMAT DATANG!!... TIMA KASIH,DATANG LAGI!!..haha..ayat2 klu kita g hari2 ..tol x??? )
dah pnat kitorg sumer bjalan ( xsampai pon 1 nilai 3 tue..hehhe,besar sgt) kitorg pon ambik kputusan blek,tp sblom tue sggah giant lu..hehe.. nk pekena KFC n bli brg2 kperluan hdup d asrama (alaa,mcm biasa,maggi,sbun mandi,sbun bsuh bj n so on)hehe..
dlm pukul 6 g tue la kitorg dh smpai kk1(asram dlm USIM)..rehat2 jap.. lpas maghrib jer ateh dtg blek..ajak g pasar mlm.. dlm keadaan xmndi ag dr blek td,bj pon bj sama, kitorg sume g lah PASAR MALAM.. tp pnjam keta abg long la a.k.a WAN SYAHMI WAN YUSOFF { credit 2 him :) }hehe..
lpas isyak kitorg g, dlm kui 10 lbh2 sket kitorg blek.. untuk kitorg x la bli pa pon, cm tmpahan dr bdak2 laki klaas aku ja yg kitorg bli.. dah sharian pnat bejalan, blek tue,aku bersih2 kan dr, n then go to sleep la..hehe
kat bwah nie, aku ltak gmbar2 sekitr tmpat kitorg jln2 kat nilai 3...hehe..
stakat tue ja dr aku untuk kali nie..
BYE2 U OLLSSZZZZ..
assalamualaikum to all muslim that read this :) (give a big smile to u)






















Wednesday 7 March 2012

assalamualaikum semua :)


alhamdulillah,siap sdh sesi edit mengedit blog CAHAYA PUTERI nie..heheh
untuk pengetahuan semua,blog nie dah lm wujud dan dah pnuh dgn post2.. tp sy renew kan blek dan buang post2 lama untuk assigment subjek GRAFIK LAMAN WEB..bijakkan???..heheh..nie kes "terlebih rajin"  la nk wat akaun bru,so,gn la inisiatif nie..haha..
~ kpada sesiapa yg pnah mengembara ke blog nie, jgn tekejut la post2 yg lma dah ilang..temasuk la comment2 anda..hehe..sory yea ;) .. tp jgn la xkomen dh k..truskan komen2 anda..atleast dpt tgkatkan MUTU blog nie..hehe.. u r the best : >

~ buat pelayar bru & senior2 blog CAHAYA PUTERI nie =
SELAMAT DATANG KE ALAM CAHAYA PUTERI & SELAMAT MEMBACA ;) 
p/s = jgn lpa tggalkan komen anda yea :]