glitter-graphics.com [url=http://glitter-

Wednesday 23 May 2012

REJAB



Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. Allah berfirman, 

”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 
2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah
.3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.
4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.
6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).
setakat itu saja kali nie..sumber berasaskan penelitiankeatas blog2 tg dilayari...
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
http://www.islah.edu.my
syukran..
assalamualaikum

KUIN

saat nie mira terasa rindu sangat kat KUIN..
rindu kawan2 kat sana..suasana sana..ukhuwah sana..guru2 sana..semuanya yang ad kat KUIN.
ketika berada kat kuin..xdinafikan..memang terasa seperti kita dikawal.segalanya ad peraturan,tapi alhamdulillah,xpernah mira merungut dengan peraturan2 sana..mira selesa.. :)
peraturan xterlalu ketat..senang ja peraturan dia, buat kaum hawa tudung labuh mcm kat skolah la ..
kat sana kena mengapai al-quran.. semua course kena ngapai,tapi x la " tamam" (penuh) mcm bdak2 yg ambik bidang hafazan..suasana sgt best..even xla besar mcm universiti2 lain (tp skang dh bina yg besar la ), namun kami kat sna hidup ceria (walaupun kdg2 ad la yg buat bantahan..tp dh besa..tue yg buat lg mnarik..hehe )
mira pulak duduk asrama kat sna (kat usim nie pon duk asrama gak :P ), dpt plak ahli bilek yg memg sekepala..and sampai saat nie kitorang masih contact (nama dia maryam jamilah budak kelantan..cantik orangnya..hehe)..kat cnie pon dpt ahli bilek yg best gak..cuma kurang sekepala la sket.diorang lemah lembut,tp aku..hehehe (untung la jgak,dpt blajar jd ayu cm diorang..)
errmmm.. ap ag ek nk ckp???
arrrrr...xder dah kot..hehe
k.lah,
setakat nie sj crita mira pasai kuin :)
jumpa ag lain kali.. bye :)
assalamualaikum

Monday 21 May 2012

la tahzan

sdey sdey sdey sdey sdey sdey sdey !!!!!!!!!!!!!!
waaaaaaa~
sdeh sgt sekarang..rasa nak nangis jer... :(
mira punya assignment database ad problem time bentang kat mdm :'(
smalam sbelum bentang,dah cuba dah..ok jer..tp bla mai time bentang..hadoi,jadi laen plak..
ntah la.. sggup tdow pukul 4 sbb buat keje nie.. tp nie hasilnya..ap lah nasib..  :(
mgkin bukan rezki..
what a day!
pening!!
serabut!!
argghh!!
ASTAGHFIRULLAHALAZIM~
ASTAGHFIRULLAHALAZIM~
ASTAGHFIRULLAHALAZIM~
 sabar2.. setiap kesusahan ad penyelesaiannya...
tapi ~ waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'(
markah dah kurang banyak dah kat s2 :(
ap la nk jadi ngan sem 2 nie..
bnyak sgt masalahnya..
nie tension nie!!
huishhh.jgn tension2..kang xsepasai aku jadi org ke 3 plak g rumah bahagia..xmo la..mintak simpang la..
ok mira..i know u can do it!!
get back ur mark in finale exam..!!!
JANGAN MENGALAH!
CHAIYOK!!
semoga segalanya berjalan lancar dan segala impian ku ini dapat dikecapi..
doakan mira k :)
ap yang korang doakan mira.. mira doakan moga korang mendapatkannya juga :)
moga kita sama2 berjaya dunia n akhirat..
aminn :)



hari yang sibuk

assalamualaikum semua :)
apa khabar?? shat?..
mira harap semua pembaca blog nie shat2 je..
mlm nie mira n kawan2 sibuk banyak..bukan seket..( tapi sempat ag update blog tue..hehe)
esok kitorang kena present 3 benda.. first, bahasa arab kena bentang pasai perdana menteri malaysia..group mira dpt tunku abdul rahman..group first lak tue..hadoi..second nk kena present database..pasai data yg kitorang bina .. 2 data.. kalu ikut group,group mira wat pasai hotel..tapi persendirian  wat pasai data kehadiran student..harap2 sok dapat present yg terbaekk..takut sgt..doakan mira k :).. lastly, kena bentang pasai bisnes...xthu la cne esok nie.. ketaq-ketaq...
TOOOOLOOONNGGG!!.. ketaq sangat... :(
mira harap korang semua doakan semoga mira dapat full mark dalam perbentangan esok nie..harap jgn ada yg kena reject ...
hope sgt2 :)
love u all.. 
k..setakat tue sj update mira kali nie..
thanks sebab baca :)
bye ~ 

Sunday 20 May 2012

kebaikan susu kambing


kali nie mira nak kongsikan tentang kebaikan susu kambing.. orang2 barat asyik dok promot kat kita susu lembu tapi sebenarnya susu kambing lebih banyak kebaikannya.. dlm hadis rasulullah pon ada bagitau kebaikan susu kambing.. kalu nak tau cari la byself k.. :)
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. 
Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia ialah :~
Susu Kambing Mudah Hadam
  1. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  2. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa
  1. Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  2. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
  1. Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  2. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.
Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati  mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
  1. Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  2. Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  3. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  4. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  5. Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Saturday 19 May 2012

cara masak ikan singgang

tetiba kali nie nak update pasal makanan lakk..hheheh


jom la cuba masak kalu rasa teringin..
Bahan-bahan ( 4 org makan (sepinggan) )
  • beberapa ekor ikan tuna(ape2 pon xkesah je..)
  • air pandai2la.. kalu suka banyak kuah,letak a bnyak air..tapi nnti kena tambah bahan2 lain pon bnyak gak coz nk bg cukup rasa :) 
  • bawang merah 2 ulas(dipotong halus)
  • bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
  • garam secukup rasa
  • lengkuas (sikit je tapi kalu xletak pon xpa.. still sedap ) hehe
  • asam keping ( 2 keping pon ok )
  • serbuk kunyit sikit
  • cili basah(dipotong sukatila nk ptg cmne)
  • gula pon secukup rasa,


Cara-cara

#panas kan periuk isi air 4 cawan masukkan terus ikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam, asam keping, cili basah, kunyit dan gula tunggu sampai ikan masak dan hidangkan. Selamat mencuba...:-)
p/s ~ mak mira pesan,kalu masak ikan jangan terlalu lama.. nnt hilang kesegaran ikan tue..  :)

Friday 18 May 2012

besday girl

epy bufday 2 me..
ep befday 2 me..
epy befday to me and epy befday 2 meeeeeeeeeee...
hehehe....
today is my besday :)
sangat best!!!! :) series cakap... :)
xjangka pon ad orang nk celebrate befday mira hari nie..mmg dah harap orang xingat..malu la ase klu org wish...lagipun..kalu wish dah ase macam tua!!! heheeh umo dah 20 thun dh rini..waaaaaaaaaa~ tua sangat dah aku nie...hadoi!! hehe
tapi apa pon terima kasih buat sahabat2 yang sambut besday mira and wat supries... TERUTAMA KEPADA YANG PANDAI KELENTONG MIRA DARI MULA SAMPAI HABES ( SYED AIMAN FADA'AQ )..
macam2 dia cakap..nak jumpa kawan la..nak gi boh minyak dulu la..macam2...pandai sgguh dia ekk..nk kena tol... :P adahai diorang prepare sambut besday..hadoi..malu ase...hahaha... syukran to all my frenzz... LOVE U ALL.. nie gambar time sambutan tue..habes tepung satu badan kena :'( hehe


posing sementara tgu mira datang haha:)


fuuhhh!!! penatnya..mana mira nie?? ehhe

saat tiba.. bersalam ngan kawan2.. terharu..
sebak semua ada..tahan jer..takut nangis..
malu deh..heheh

peace no war!! :)

habes la aku!!!




kek hari jadi.. yummy... :) delicious

ateh n mira... sambut hari jadi ateh jugak :)
epy befday ateh.. saranghe :)

comot muka kena tepung + kek

ha!! nganga luas2 alif.. nak suap nie :) hehe

hehe..cian ubai..teruk kena.. :P

minta tepung nak balas balik la tue..hehe

ooo..makan yer.. jap ek..nak g tabur tepung atas kepala..hehehe

huhu.. nie kes xpayah pakai bedak sebulan dah nie..haha

3 befday girlzzz

best x kek tue muaz??? hahah

hoho..siap bergaya dengan tepung ag tue..
siap la awak aiman... tipu saya ek... nnt kena la... :)

bergaya ateh jangan xbergaya!! hehe
nie lah gaya ateh selepas nangis terharu :)

posing2 ;)

ye!ye! dapat hadiah :) time kasih yer..hehe

kawan2 kat party tue ~ senyum :)

thank you to all :)
love u all
bergaya ngan hadiah :)

nak tahu x apa yang ad dlm tue??? heheh

S.M.I.L.E :)

TIME KASIH BUAT SEMUA KAWAN2 ... SAAAAAAAAAAAAYANG KORANG tambah2 part kena tepung..pergghh!! xpenah seumur hdup mandi tepung..xpe2..jap ag mira hantar satu set engkap baju mira kat korang..basuh kasi cuci taw...HAHAHA
 <3 u all


Sunday 13 May 2012

kebaikan tomato

selalu kalau cakap pasal tomato, mesti orang kaitkan dengan kulit muka..kat cn, mira nk kongsikan lebih tentang kebaikan tomato selain dari menjaga kulit muka kita..


1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOTATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula

Sumber diperolehi dari Majalah Anis keluaran Disember 2009


bagi yang suka makan tomato tue, bagus..amalkanlah selalu (mcm mira selalu ratah tomato jer.. sedap..buat macam makan buah epal..~ajaran kak senior waktu kat KUIN) hehe
bagi yang xsuka makan tomato,jom lah belajar2 makan tomato.. :) 

Saturday 12 May 2012

tips penjagaan rambut

tadi tetiba terbaca pasal satu tips nie, tips penjagaan rambut.. agak menarik dan boleh dikongsi.. credit to http://oney-owns.blogspot.com ..  


1. ramai orang kata, cuci rambut setiap hari dengan shampoo akan buat rambut rapuh dan luruh. tapi sebenarnya, lain orang, lain jenis kulit kepalanya. sesetengah orang, kulit kepala cepat berminyak, disarankan untuk cuci rambut setiap hari. tapi, seeloknya, cuci rambut selang sehari, supaya kulit kepala akan sempat untuk kembali neutral dari segala chemical yang ada dalam shampoo. (lagi bagus kalu guna shampoo asli.. apa lagi kalu bukan santan.. sapu kat kepala santan skali dengan kelapa yang telah diparut tue..)


2. gunalah conditioner selepas cuci rambut dengan shampoo. paling mudah, cari shampoo yang sudah tersedia sekali dengan conditioner. mudah dan cepat. hah. jangan pandang sebelah mata saja pada shampoo hotel. selalunya, shampoo hotel sudah tersedia dengan conditioner, mungkin dia tak sewangi sunsilk, tapi ketahui laah anda, shampoo yang wangi, mengandungi lebih banyak chemical, yang mana, sangat tak bagus untuk kulit kepala. 



3. selepas basuh rambut, jangan terus sikat. balut rambut dengan towel. best. rasa segar jaa. balut lah selama yang boleh kalau free. agak agak dah kering, baru sikat. dan lihat hasilnya, rambut tak akan freez dan lebih lurus serta lembut. seboleh2nya, jangan guna pengering rambut, kerana rambut akan kusam. iron rambut pon tak bagus, tapi kadang2 tu boleh laa kott. 



4. jangan selalu biar rambut terdedah pada cahaya matahari. padahnya, rambut akan rapuh dan mengalami keguguran ! seeloknya lindungi rambut anda dengan scarf ataupon topi. boleh juga mencuba hair mist ataupun hair serum untuk lindungi rambut dari cahaya matahari yang membahang. bagi yang bertudung, memang untung. sebab itu selalunya, orang yang bertudung, rambutnya tak bermasalah. {setiap suruhan ALLAH ad hikmah nye :) }



5. biarkan rambut bebas terurai sewaktu tidur. elakkan mengikat rambut sewaktu anda tidur kerana rambut akan rapuh.



6. seeloknya, cuci rambut pada waktu malam. tahu kenapa ? bila anda bangun pagi keesokkannya, nescaya rambut akan cantik bak model iklan dan hari anda akan lebih indah. cuci rambut pada awal pagi pon tak ada masalah.{bg yang bertudung,ingat keringkan dahulu rambut anda yer :) }


7. bagi rambut yang berkelumumur, lumur limau parut pada kulit kepala.insyaALLAH, rasa segar dan kelumumur pon berkurang 



8. elakkan memakai anak tudung terlalu ketat. sebolehnya, beri ruang untuk pengudaraan. penting okay. kalau tidak, rambut akan berbau, malah si pemakai akan mudah sakit kepala



9. selalu laah trim rambut 6 bulan sekali untuk elakkan rambut bercabang. 



10. satu ag.. jangan terlalu obses dengan produk penjagaan rambut. bisnes saja semua tue.

nie semua copy dari blog yang disebut diatas..tapi sedikit pengeditan berlaku :)
 ada beberapa lagi blog yang anda bleh layari untuk ketahui tips2 penjagaan rambut.. nie antaranya ~ http://inibelogsaya.blogspot.com , http://www.petuatradisional.com , http://blogkesihatan.com , http://gediq.com , http://www.bukananaktokey.com  

Wednesday 9 May 2012

SORAKAN EMAS 1 MALAYSIA

sorakan 1 malaysia episod 11


baru2 nie, mira and kawan2 dijemput untuk menjadi penonton sorakan emas 1 malaysia yang akan bersiaran di tv2 kalau x silap mira..kali nie, cikgu kami ( en.arif~ ckgu bisnes ) dan sahabat2 nya menjadi peserta rancangan tue ( SORAKAN EMAS 1 MALAYSIA) bagi mewakili UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.. dan jangan tak tahu pulak, USIM menjadi juara bagi episod tue.. hehe hadiah laptop seorang satu kot!! (buat para pemenang jer la :P ).. kitorang penonton ajer..hehe.. tapi apa2 pon,memang best.. pengalaman baru buat mira..kat bawah nie ada beberapa gambar-gambar kami ketika di RTM.. :) 

peserta2 yang mewakili USIM ~ en.arif (tengah) sambil diapit kawan2nya
yang rambut warna warni tue pengaca rancangan nie..agak2 sape yer?? hehe

penonton

penonton

semanganya tengok :)

nie lah jawapan untuk soklan td.. ~ zul yahya

sapa pulak perempuan nie?

oohh!!! syarifah syahira n zul yahya yang jd pengacara rancangan  tersebut

lawak ap la tue..hehe

bergambar bersama pemain sepak takraw malaysia..


bersama rombongan :)



studio tersebut