glitter-graphics.com [url=http://glitter-

Saturday 12 May 2012

tips penjagaan rambut

tadi tetiba terbaca pasal satu tips nie, tips penjagaan rambut.. agak menarik dan boleh dikongsi.. credit to http://oney-owns.blogspot.com ..  


1. ramai orang kata, cuci rambut setiap hari dengan shampoo akan buat rambut rapuh dan luruh. tapi sebenarnya, lain orang, lain jenis kulit kepalanya. sesetengah orang, kulit kepala cepat berminyak, disarankan untuk cuci rambut setiap hari. tapi, seeloknya, cuci rambut selang sehari, supaya kulit kepala akan sempat untuk kembali neutral dari segala chemical yang ada dalam shampoo. (lagi bagus kalu guna shampoo asli.. apa lagi kalu bukan santan.. sapu kat kepala santan skali dengan kelapa yang telah diparut tue..)


2. gunalah conditioner selepas cuci rambut dengan shampoo. paling mudah, cari shampoo yang sudah tersedia sekali dengan conditioner. mudah dan cepat. hah. jangan pandang sebelah mata saja pada shampoo hotel. selalunya, shampoo hotel sudah tersedia dengan conditioner, mungkin dia tak sewangi sunsilk, tapi ketahui laah anda, shampoo yang wangi, mengandungi lebih banyak chemical, yang mana, sangat tak bagus untuk kulit kepala. 



3. selepas basuh rambut, jangan terus sikat. balut rambut dengan towel. best. rasa segar jaa. balut lah selama yang boleh kalau free. agak agak dah kering, baru sikat. dan lihat hasilnya, rambut tak akan freez dan lebih lurus serta lembut. seboleh2nya, jangan guna pengering rambut, kerana rambut akan kusam. iron rambut pon tak bagus, tapi kadang2 tu boleh laa kott. 



4. jangan selalu biar rambut terdedah pada cahaya matahari. padahnya, rambut akan rapuh dan mengalami keguguran ! seeloknya lindungi rambut anda dengan scarf ataupon topi. boleh juga mencuba hair mist ataupun hair serum untuk lindungi rambut dari cahaya matahari yang membahang. bagi yang bertudung, memang untung. sebab itu selalunya, orang yang bertudung, rambutnya tak bermasalah. {setiap suruhan ALLAH ad hikmah nye :) }



5. biarkan rambut bebas terurai sewaktu tidur. elakkan mengikat rambut sewaktu anda tidur kerana rambut akan rapuh.



6. seeloknya, cuci rambut pada waktu malam. tahu kenapa ? bila anda bangun pagi keesokkannya, nescaya rambut akan cantik bak model iklan dan hari anda akan lebih indah. cuci rambut pada awal pagi pon tak ada masalah.{bg yang bertudung,ingat keringkan dahulu rambut anda yer :) }


7. bagi rambut yang berkelumumur, lumur limau parut pada kulit kepala.insyaALLAH, rasa segar dan kelumumur pon berkurang 



8. elakkan memakai anak tudung terlalu ketat. sebolehnya, beri ruang untuk pengudaraan. penting okay. kalau tidak, rambut akan berbau, malah si pemakai akan mudah sakit kepala



9. selalu laah trim rambut 6 bulan sekali untuk elakkan rambut bercabang. 



10. satu ag.. jangan terlalu obses dengan produk penjagaan rambut. bisnes saja semua tue.

nie semua copy dari blog yang disebut diatas..tapi sedikit pengeditan berlaku :)
 ada beberapa lagi blog yang anda bleh layari untuk ketahui tips2 penjagaan rambut.. nie antaranya ~ http://inibelogsaya.blogspot.com , http://www.petuatradisional.com , http://blogkesihatan.com , http://gediq.com , http://www.bukananaktokey.com  

2 comments:

HAI..SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI..TERIMA KASIH :)